Saturday, June 21, 2014

Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

PEMBUANGAN SISA TOKSIK KE DALAM SUNGAI


Pengenalan

Bahan buangan toksik bermaksud bahan buangan yang mengandungi sifat-sifat      fizikal, kimia atau biologi yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar dan  boleh berlaku sama ada dalam jangka masa pendek dan panjang.

Ini kerana bahan buangan toksik berbahaya sifat mudah terbakar, mudah menghakis, beracun atau mudah bertindak balas atau meletup apabila bercampur dengan bahan lain. Ia boleh wujud sama ada dalam bentuk cecair, pepejal dan bentuk separa pepejal.

Punca-punca berlakunya pencemaran sisa toksik

Pembuangan sisa toksik dari kilang
  • Kebanyakan kilang dibina sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai berkenaan.
  • Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai.
  • Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.
Pembuangan bahan-bahan buangan
  • Pembuangan sampah-sarap, najis.
  • Sesetengah penduduk bandar atau kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat terlebih dahulu.
  • Kilang pula turut membuang bahan beracun ke dalam sungai.
  • Mengancam kehidupan akuatik seperti ikan, udang dan sebagainya.
  • Baja dan racun perosak yang diguna oleh petani juga di bawa oleh air hujan seterusnya mengalir masuk ke dalam sungai.

Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab
  • Masyarakat tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi terhadap perkara ini.
  • Mereka tidak menguruskan sampah-sarap dengan langkah yang efektif.
  • Mereka membuang sampah di merata-rata tempat dan juga ke dalam laut atau sungai.

Aktiviti pertanian
  • Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai.
  • Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai.
  • Penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air.
  • Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan air tercemar.

Kekurangan kesedaran masyarakat
  • Sesetengah perkilangan menumpahkan sisa-sisa bertoksik ke dalam laut untuk kepentingan diri.
  • Hanya mementingkan keuntungan sahaja.
  • Penduduk setempat suka terus membuang sampah-sarap ke dalam laut.
  • Mereka malas untuk berjalan jauh untuk membuang sampah tersebut.
  • Lama-kelamaan, sampah-sarap yang tertimbus dalam laut akan menjadi semakin banyak.

Pembuangan sisa minyak dan tumpahan dari kapal
  • Tumpahan minyak di atas permukaan laut telah menghalang cahaya matahari sampai ke laut.
  • Mengakibatkan tumbuhan tidak dapat menghasilkan makanan.
  • Hidupan marin mati kerana tidak memperoleh oksigen yang mencukupi.
  • Hidupan marin akan mati atau bantut akibat kualiti air laut yang terlalu buruk.


Kesan-kesan pencemaran sisa toksik

Pencemaran udara
  • Bahan-bahan berada dalam kepekatan yang tinggi, seterusnya mengganggu dan membahayakan kehidupan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta harta benda.
  • Bahan-bahan terdiri daripada bentuk habuk, kabus, wap dan gas. Gas-gas yang terkandung di dalamnya ialah karbon monoksida, nitrogen oksida dan sebagainya.
  • Pembangunan dan pengurusan yang tidak terancang boleh membawa kesan negatif serta mengancam kualiti alam sekitar.
  • Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor akan menjejaskan kesihatan manusia dan menipiskan lapisan ozon.
  • Keseluruhannya, dapatlah dijelaskan bahawa pembuangan toksik berlaku melalui industri perkilangan, kerja-kerja pembinaan dan sebagainya.

Pencemaran air
  • Menyebabkan berlakunya perubahan dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap hidupan akuatik.

Pencemaran laut
  • Tumpahan minyak dari tangki dan pelantar minyak turut merebak ke laut.
  • Hidupan akuatik seperti kerang, hidupan liar turut musnah seterusnya memungkinkan habitat tersebut pupus.

Pencemaran tanah
  • Perubahan warna, tanah kehilangan kesuburan dan hakisan.
  • Kehilangan kesuburan tanah akan mengganggu aktiviti pertanian, khususnya bagi golongan petani yang sumber pendapatannya hasil daripada aktiviti tersebut.
  • Pembuangan sampah-sarap dan penggunaan racun serangga yang berlebihan.

Kesihatan manusia terjejas
  • Bahan-bahan sisa toksik yang dibuang ke dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen yang terdapat di dalam air.
  • Hidupan air akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini.
  • Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius.
  • Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

Sistem air bawah tanah tercemar
  • Loji pelupusan dan tapak pembuangan bahan tidak boleh reput harus dibina.
  • Bahan-bahan bertoksik seperti minyak kotor, plumbum dan sebagainya boleh menyebabkan pencemaran alam.
  • Pembuangan racun serangga dapat menyebabkan pencemaran air.
  • Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa kilang.
  • Tetapi apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah.
  • Pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ia mengalir di dalam sistem saliran utama parit dan sungai.
  • Masalah kedua pula, sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar.
  • Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.
Hujan asid
  • Air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera.
  • Penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fosil di bakar dalam jumlah yang banyak.
  • Pembakaran api fosil seperti minyak dan arang batu oleh loji tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara.
Proses hujan asid
  • Bahan pencemar ini disebabkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
  • Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat.
Kesan hujan asid
  • Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat.
  • Hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama kanak-kanak.

Langkah-langkah mengatasi pencemaran sisa toksik

Penguakasaan undang-undang
  • Mewujudkan undang-undang yang baru dan menyeluruh.
  • Akta kualiti alam sekitar 1997 yang bertujuan mengawal aktiviti yang boleh menjejaskan kualiti alam.
  • Garis panduan yang khas dan terperinci tentang pengurusan pembuangan bahan tersebut mesti disediakan.
  • Pihak yang membuang bahan ini di merata tempat harus dikenakan hukuman yang berat.
  • Hukuman penjara pasti menjadi langkah pencegahan yang baik.

Pengurusan sisa bahan dalam konsep 5R





Memanfaatkan kemajuan sains dan teknologi

  • Melalui pendidikan dan pembangunan, kita dapat mengeluarkan barang yang mesra alam.Misalnya, bekas plastik yang mudah reput. Pinggan mangkuk mesra alam diperbuat daripada sekam padi.
  • Barang ini bukan sahaja tidak mencemarkan alam malah menyuburkannya.
  • Teknologi canggih juga menghasilkan jentera yang mampu menghancurkan plastik, tayar dan sebagainya menjadi serat halus.
  • Dengan ini, bahan-bahan pencemar ini dapat diproses semula menjadi barang yang berguna.
  • Kuantiti yang dibuang dapat dikurangkan.


Bahan-bahan yang tidak boleh reput ditukar kepada bahan yang boleh reput
  • Pihak kerajaan harus menggalakkan penggunaan beg kertas untuk menggantikan beg plastik dalam penggunaan seharian.
  • Langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah bahan buangan yang banyak dan tidak boleh reput, malah dikatakan mesra alam.
  • Penggunaan bahan lain seperti kertas harus diperluas menggantikan beg plastik seperti ketika membeli-belah di pasar raya, pembungkusan dan lain-lain.
  • Bakul-bakul rotan pula boleh digunakan semasa ke pasar. Dengan itu, masalah pencemaran bahan oleh bahan-bahan yang tidak mereput dapat dikurangkan dalam penggunaan seharian.

Hari tanpa beg plastik
  • Pengguna digalakkan membawa beg sendiri kerana beg plastik tidak akan dibekalkan kepada pengguna di kedai atau pasar raya yang mengambil bahagian dalam kempen ini.
  • Bagi mereka yang tidak membawa beg sendiri, bayaran 20 sen akan dikenakan ke atas setiap penggunaan beg plastik untuk mengurangkan penggunaan beg plastik.

Mengubah bahan-bahan yang bertoksik kepada bahan yang selamat sebelum didedahkan kepada alam sekeliling
  • Mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan bahan-bahan yang bertoksik itu selepas selesai sesuatu proses seperti yang berlaku di kilang.
  • Oleh itu, kerajaan harus menjalankan penyelidikan supaya bahan-bahan yang bertoksik dapat diproses atau ditukarkan menjadi bahan-bahan yang tidak bertoksik dan lebih mesra alam, dan dapat diimplementasikan oleh kilang-kilang pemprosesan supaya masalah pembuangan sisa-sisa toksik dapat dikurangkan.

Mengubah bahan-bahan tidak reput menjadi barang perhiasan
  • Menjadi barang perhiasan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang kesenian.
  • Bahan-bahan buangan seperti botol kaca boleh dibersihkan dan dilukiskan atau diserikan untuk menjadi pasu bunga atau barang perhiasan dalam rumah atau pejabat.

Lampiran






SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM~ ^^
SEMOGA BERMANFAAT.....

Tuesday, June 17, 2014

KEPENTINGAN KAWASAN TANAH PAMAH DI MALAYSIA


Sebagai kawasan pertanian.


-Padi ditanam di kawasan tanah pamah yang rata dan bertanih aluvium seperti Delta Kelantan,Dataran Kedah,dan Dataran Kerian.

Sebagai tapak bina petempatan dan bandar-bandar.


-Semua ibu negeri dan hampir semua kawasan perumahan bertumpu di kawasan tanah pamah.

Sebagai kawasan pengangkutan.


-Tanah pamah memudahkan pembinaan jalan raya dan jalan kereta api.


-Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dibina di kawasan tanah pamah yang rata dan luas.


-Tanah pamah menjadi tapak bagi pembinaan pelabuhan.

Sebagai tapak bina kawasan industri.


-Tanah pamah sesuai dimajukan sebagai kawasan perindustrian kerana kemudahan infrastruktur mudah bina.





Wednesday, June 11, 2014

Mesin ringkas

MENGANALISIS TUAS

-Tuas adalah mesin ringkas yang digunakan untuk memudahkan kerja harian manusia.
-Tuas terdiri daripada satu batang rod yang disokong oleh fulkrum.satu daya yang kecil dapat mengatasi        suatu beban yang besar.






*Terdapat tiga jenis tuas iaitu:

a)Tuas kelas pertama.
   -Fulkrum diantara beban dan daya.
b)Tuas kelas kedua.
   -Beban diantara fulkrum dan daya.
c)Tuas kelas ketiga.
   -Daya diantara fulkrum dan beban.

Tuesday, June 3, 2014

BIODIVERSITI

Biodiversiti ialah kepelbagaian organisma dalam pelbagai kawasan.

PENGKELASAN HAIWAN

-Vertebrata (bertulang belakang)

-Invertabrata (tidak bertulang belakang)

VERTEBRATA

-Mamalia
-Burung
-Ikan
-Amfibia
-Reptilia

INVERTABRATA

-Bersegmen (ketam,labah-labah)
-Tidak bersegmen (cacing tanah,siput,tapak sulaiman)


PERKUMUHAN MANUSIA

PERKUMUHAN

-Proses penyingkiran bahan buangan berlebihan dalam badan manusia.

ORGAN PERKUMUHAN DAN HASIL PERKUMUHAN

- Ginjal (Air,garam mineral dan urea)
   Kulit (Air,garam mineral dan urea)
   Peparu (Air dan karbon dioksida) 

KEPENTINGAN PERKUMUHAN

-Membantu mengekalkan kesihatan kesihatan badan.